Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wednesday, September 16, 2009

Elak M'sia dapat imej 'kilang diploma'

Elak M'sia dapat imej 'kilang diploma'
Semua institusi pengajian tinggi (IPT) negara perlu terlebih dahulu menghalusi kualiti dan kelayakan pelajar, khususnya dari luar negara sebelum menerima permohonan mereka melanjutkan pelajaran di negara ini.Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata lambakan pelajar asing di IPT negara ini menyebabkan Malaysia digelar sebagai pembekal ijazah tidak berkualiti atau "kilang diploma" di beberapa forum antarabangsa.Katanya tohmahan seumpama itu harus dikekang kerana ia menjatuhkan imej dan martabat sektor pendidikan tinggi negara."Kementerian tidak mahu mana-mana IPT menerima pelajar tidak berkelayakan, terutama dari luar negara untuk mengikuti program yang ditawarkan."Malah mulai tahun depan demi untuk menjaga nama baik, imej dan reputasi, semua IPTS tidak boleh menawarkan sebarang program yang tidak memiliki akreditasi kepada para pelajar antarabangsa," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan ketua pegawai eksekutif IPT-IPT swasta di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata Malaysia ditohmah sebagai "kilang diploma" di beberapa forum antarabangsa selepas didakwa mudah mengeluarkan ijazah kepada para pelajar asing walaupun mereka tidak berkelayakan."Kerana itu kita mahu, IPTS ini membaiki sistem pengurusan akademik mereka dan melalui proses penarafan. Dalam soal beri gelaran profesor, penerimaan pelajar dan penawaran kursus, Malaysia tidak seharusnya menjadi tempat lambakan untuk para pelajar yang tidak diterima di IPT lain."Hanya kerana ada duit, maka mereka diberi tempat di IPTS negara ini," katanya.Kelayakan minimum kemasukan pelajar di IPTA, jelas Mohammad Khaled ialah CGPA 2.0 dan beliau pasti semua IPTS akan mengenakan syarat seumpama itu dalam menerima kemasukan pelajar pada masa hadapan."Memang sekarang mereka (IPTS) tidak mengenakan syarat ini, tapi saya pasti apabila kita kemukakan perkara ini, mereka akan berbincang untuk menentukan kelayakan minimum dalam menerima kemasukan pelajar," katanya.
Terdahulu, beliau berkata kementerian memulakan langkah transformasi sistem pendidikan tinggi negara kerana transformasi kerajaan tidak akan lengkap jika ia tidak dituruti oleh industri pengajian tinggi.Transformasi sektor pendidikan, katanya diharap mampu meletakkan transformasi negara di landasan yang betul bagi membolehkan Malaysia berhadapan dengan soal kemajuan dan pembangunan, sekaligus berjaya menghadapi pelbagai saingan era globalisasi.Mohammad Khaled berkata proses transformasi itu dimulakan dengan penyediaan pelan strategik IPTA mencakupi pelaksanaan projek agenda kritikal sebelum fokus diberikan kepada sektor IPTA, termasuk pindaan terhadap Akta Insitusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555)."Pindaan ini menjadikan kementerian sebagai pemudah cara untuk memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh IPTS dan kita berharap IPTS ini dapat memberi perhatian serta mematuhi peruntukan yang terkandung dalam Akta 555 ini," katanya. BERNAMA

Sunday, September 13, 2009

Perjumpaan bekas pelajar SRJK(I) Lenggong 1970-75

Pada 23 September 2009 nanti, insyaallah saya akan hadir ke Perjumpaan bekas pelajar SRJK(I) Lenggong, Perak (Lihat berita dalam Harian Metro dibawah). Sebahagian daripada kawan-kawan tu dah hampir 35 tahun tak jumpa.

Darjah 4A

Darjah 5A

Darjah 6A



KUALA LUMPUR: Bekas murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) (SRJK (I)) Lenggong, Perak dari 1970 hingga 1975 (Coolbatch 70-75) akan menganjurkan majlis pertemuan semula pada 23 September ini.Majlis dijadualkan berlangsung di Dewan Merdeka Lenggong, dari jam 8 hingga 11 malam. Jurucakap Coolbatch 70-75 berkata, majlis itu bertujuan menghimpunkan bekas murid tahun satu hingga enam dan guru yang pernah menjadi warga SRJK (I) Lenggong dari 1970 hingga 1975.“Selain beramah mesra, majlis ini diharap mampu mengimbas semula kenangan indah alam persekolahan dan pada sama mengukuhkan permuafakatan serta mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan bekas murid dan guru.

“Kami juga mahu mengambil peluang mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan kepada bekas guru yang memberi ilmu kepada kami,” katanya.

Menurut jurucakap itu, pelbagai aktiviti menarik dirancang pada majlis berkenaan dan walaupun 40 tahun berlalu diharap ia dapat mengumpul seramai mungkin bekas pelajar dan guru SRJK (I) Lenggong sepanjang tempoh berkenaan.Katanya, untuk keterangan lanjut hubungi Khairul Anuar di talian 017-5072188 atau Ahmad Lokman Saidin (019-2266401).

Friday, September 11, 2009

Couple set record after 80 years of marriage



When it comes to relationships, Walter and Beatrice Postings definitely know a thing or two.
The childhood sweethearts have been wed an extraordinary 80 years and are Britain's longest-living married couple.

Now both 100, their devotion has survived two world wars, five monarchs and 19 prime ministers.

The romantic couple are often spotted holding hands by care home staff. And they both admit to a daily cuddle. Explaining their relationship's amazing longevity, Beatrice said: "I just love him and that's it." Walter, known as Wally, added: "It's all about give and take."
The couple, of Burnham-on-Sea, Somerset, met aged 18 at a party. Strangely enough, she fell for him because he kept pulling her hair. Walter and Beatrice soon got hitched in 1929.
They have three children, four grandchildren, eight great-grandchildren and two great-great-grandchildren.
Care home boss Chris Arnold said: "They are often found holding hands in the lounge, which is lovely and testament to how close they are after 80 years."
The couple took over an antiques business in 1951 which they ran until retiring in 1975. They were crowned the longest married couple after the death in Plymouth last week of Frank Milford, who had been with Anita 81 years.

Jodoh terpanjang
LONDON: Jika hendak berbicara mengenai perhubungan, Walter dan Beatrice Postings pasti mengetahui satu atau dua perkara.Mereka yang bercinta sejak muda sudah berkahwin selama 80 tahun, sekali gus menjadi pasangan Britain paling lama hidup sebagai suami isteri.Kini, dengan kedua-duanya berusia 100 tahun, rumah tangga yang mereka dirikan telah melalui dua perang dunia, pemerintahan lima raja dan 19 perdana menteri.Kakitangan sebuah rumah penjagaan orang tua sering melihat pasangan romantik itu berpegang tangan.
Ketika menjelaskan bagaimana hubungan mereka dapat bertahan begitu lama, Beatrice berkata: “Saya hanya mencintainya. Itu saja.”Walter yang mesra dengan panggilan Wally pula berkata: “Semuanya berlaku kerana sikap tolak ansur.”Pasangan yang berasal dari Burnham-on-Sea, Somerset, berkenalan di satu majlis ketika berusia 18 tahun. Anehnya, Beatrice jatuh hati pada Wally kerana dia sering menarik rambutnya. Mereka berkahwin pada 1929.Hasil perkahwinan itu, mereka memperoleh tiga anak, empat cucu, lapan cicit dan dua piutPasangan itu menjalankan perniagaan barang antik pada 1951 sehingga bersara pada 1975. Mereka dinobatkan sebagai pasangan paling lama berkahwin selepas kematian Frank Milford dari Plymouth minggu lalu, yang hidup bersama isterinya, Anita, selama 81 tahun. - Agensi

Friday, September 4, 2009

Kehidupan ini....

Inilah rumahku, syurgaku
Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my




JITRA: Amat memilukan melihat kehidupan seorang warga emas di Kampung Pida 5, Sematang Jawa, Air Hitam, dekat sini, tinggal di pondok buruk seperti reban ayam yang dibina di atas tanah orang selain terpaksa menggunakan air parit untuk kegunaan harian sejak lebih 10 tahun lalu.Murad Mat, 80, bukan saja terpaksa berteduh di pondok seluas tiga meter persegi, tetapi hidup sebatang kara selepas berpisah dengan isterinya beberapa tahun lalu.Anak tunggalnya tidak lagi tinggal bersama selepas mengikut suami ke Langkawi.Tinjauan Harian Metro semalam mendapati, pondok buruk itu hanya berdindingkan zink dan plastik selain kawasan sekitarnya dipenuhi sampah-sarap termasuk tong plastik dan tin buruk.
Malah, air parit digunakan Murad untuk mandi dan minum yang terletak kira-kira lima meter dari pondok bersebelahan sawah padi itu juga diragui kebersihannya.

Selain faktor usia termasuk sudah bongkok dan sering sakit sendi, Murad tidak mampu bekerja melainkan terpaksa mengharapkan ihsan jiran dan penduduk kampung.Tambah memilukan, pada Ramadan ini Murad hanya mampu berbuka dengan nasi kosong, ikan tamban kering dan air suam.“Jika ada duit lebih, saya akan meminta jiran belikan ikan di pasar, tapi jika tiada, saya makan apa saja yang ada. Hari ini (semalam) nak buka puasa pun saya tak tahu nak makan apa,” katanya ketika ditemui di pondoknya.Dalam keadaan uzur, Murad terpaksa menyediakan makanan seorang diri dan memasak dalam keadaan serba kekurangan.Malah, warga emas itu juga terpaksa menumbuk sambal dalam tempurung kelapa.Sejak lebih 10 tahun lalu, Murad terpaksa tinggal dalam keadaan serba kekurangan. Malah, sambutan Aidilfitri sudah tiada makna dalam hidupnya kerana keadaannya tetap sama saban tahun.“Walaupun hidup dalam keadaan daif, saya bersyukur kerana adik saya yang turut menetap di kampung ini sering memberi pertolongan dengan memberi makanan,” katanya.Murad berkata, sebelum ini dia tinggal di Sungai Mati, Langgar, dekat Alor Star, kira-kira 70 kilometer dari sini dan bekerja sebagai petani. Menurutnya, anak perempuannya yang tidak bekerja juga sudah lama tidak pulang menjenguknya sejak mengikut suami berpindah ke Langkawi.


Wednesday, September 2, 2009

Al-fatihah...

Arwah bersungguh-sungguh ganti imam solat Tarawih
Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090831082955/Article/index_html


KUALA LUMPUR: “Semalam (kelmarin) buat kali pertama arwah mengimamkan solat Maghrib, solat Isyak dan sunat Tarawih di surau, namun tiada siapa menyangka hari ini (semalam) dia pula disembahyangkan,” kata Yunus Bahari, 54.

Dia jiran rapat mangsa yang maut, Abdul Karim Abd Aziz, 51, dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Persekutuan, berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, kira-kira jam 10.30 pagi, semalam.

Abdul Karim memandu kereta Perodua Kancil maut apabila kenderaannya dirempuh treler dipercayai dipandu laju dari arah bertentangan.

Beliau yang juga seorang peniaga meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala isterinya, Maimon Said, 52, dan anak lelakinya, Mohd Ihsan yang berada dalam kereta itu turut cedera.

Ketika kejadian, beliau dalam perjalanan ke sebuah pasar raya di Subang Jaya untuk membeli persiapan raya untuk isteri dan 12 anaknya.


Yunus yang ditemui di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) memberitahu sikap ganjil arwah bersungguh-sungguh mahu menjadi imam pada malam sebelum kejadian itu petanda arwah akan pergi buat selamanya.

“Arwah terus saja mahu menjadi imam apabila imam yang biasa mengetuai jemaah tidak hadir di Surau Darul Hidayah, Hulu Langat berdekatan tempat tinggal kami.

“Sikapnya pelik, dia tak pernah sukarela menawarkan diri menjadi imam,” katanya yang mengatakan jenazah Abdul Karim akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Hulu Langat, dekat sini.

Arwah mempunyai sembilan anak perempuan dan tiga lelaki berusia sembilan hingga 24 tahun.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, Asisten Superintendan Zulkafli Cheklah, berkata siasatan awal mendapati treler menuju pusat bandar itu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan seterusnya merempuh bahagian tempat duduk pemandu kereta Perodua Kancil berkenaan.