Tuesday, June 2, 2009

Kerja Lapangan di Wilayah KETENGAH #2..... Bandar Bukit Besi

Pada 21hb. Mei 2009, kerja lapangan dijalankan di kawasan Bandar Bukit Besi. Ini meliputi Bandar Bukit Besi, Kampong Wa, dan Ladang Pinang Emas. Bagaimanapun, kerja pengumpulan data di Ladang Pinang Emas ditangguhkan kerana kesukaran untuk memasuki kawasan tersebut.
Setelah selesai kerja-kerja pada hari tersebut, kami melawat bekas tinggalan Lombong Bijih Besi, Bukit Besi. Lawatan kami ke tempat tersebut di temani oleh En. Samsudin, pegawai KETENGAH di Pejabat KETENGAH, Bukit Besi.

Dr. Yani bersama pegawai KETENGAH Bukit Besi.....di pintu masuk Ladang Pinang Emas...


Sejarah Lombong Bijih Besi di Bukit Besi.......


Bekas rumah "Bos" Lombong Bijih Besi.......berhampiran Pejabat KETENGAH Bukit Besi....



Dr. Yani dan Sakinah

A.H. Roslan Harahap......

A.H.Roslan Harahap, Ustaz Raja Azril (pegawai KETENGAH Bukit Besi), dan Dr. Yani

Dr. Yani, En. Samsuddin, Kak "Sal" dan Sakinah

Dr. Yani, En. Samsuddin, Kak "Sal", dan A.H.Roslan Harahap






Syazwan jatuh kat lubang ni.........







En. Samsuddin dan A.H.Roslan Harahap

Hujan.......



Lubang.......mencari emas......

Kerja Lapangan di Wilayah KETENGAH #1.....

Kerja-kerja mengumpulkan data untuk projek KETENGAH telah dijalankan pada 17hb. Mei hingga 1hb. Jun 2009. Seramai 37 orang pembanci turut serta dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar UUM. Terdapat seorang dari UIAM dan seorang lagi dari UTeM.
Boleh dikatakan hampir semua kawasan dalam wilayah KETENGAH - Bandar, Ladang, Kampong Tradisi - habis di terokai....Bandar Baru Chenih, Bandar Sri Bandi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Bandar Bukit Besi, Ladang-ladang FELDA, Ladang-ladang swasta dan Kampong-kampong...... Banyak pengalaman dan "cerita" suka-duka yang diperolehi......



Bas UNIC....yang membawa pembanci yang terdiri daripada pelajar-pelajar UUM. Ada juga pembanci dari UIAM dan UTEM....






Sarapan pagi di Bandar AlMuktafi Billah Shah.....

Sebelah kiri ni.....pelajar UIAM....adik Dr. Yani....

Dr. Yani dan Sakinah (RA) sedang berbincang sebelum bertolak ke kawasan kajian....





Bergambar di hadapan "chalet" Kolej KETENGAH...... jam 7.00 pagi...

Makan "Satar" di Jertih, Terengganu.....

Dalam perjalanan ke Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu, sempat singgah di Jertih. Makan "satar" Pak Awie.

Dr. Azam (baju petak, berdiri) dan Dr. Yani (duduk).

Dr. Che Su Mustaffa

"Satar".....masih panas....


Gerai "Satar" Pak Awie....

Kajian Sosioekonomi Penduduk Dalam Wilayah KETENGAH

Universiti Utara Malaysia, melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) UUM telah diberi kepercayaan untuk menjalankan satu projek perundingan "Kajian Sosioekonomi Penduduk dalam Wilayah KETENGAH" dengan pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Kajian ini akan berjalan selama lapan bulan. Antara objektif kajian ialah untuk meneliti perubahan sosioekonomi yang telah berlaku dikalangan penduduk dalam wilayah KETENGAH dan juga mendapatkan persepsi penduduk tentang KETENGAH. Penyelidik yang terlibat dalam projek ini ialah A.H.Roslan Harahap, Dr. Nor Azam Abdul Razak, Dr. Russayani Ismail dan Dr. Che Su Mustaffa.


Penyelidik: Dr. Che Su Mustaffa, Dr. Russayani Ismail, A.H.Roslan Harahap dan Dr. Nor Azam Abd Razak

Dr. Russayani Ismail, Dr. Che Su Mustaffa dan Dr. Nor Azam Abd Razak