Tuesday, June 2, 2009

Kajian Sosioekonomi Penduduk Dalam Wilayah KETENGAH

Universiti Utara Malaysia, melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) UUM telah diberi kepercayaan untuk menjalankan satu projek perundingan "Kajian Sosioekonomi Penduduk dalam Wilayah KETENGAH" dengan pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Kajian ini akan berjalan selama lapan bulan. Antara objektif kajian ialah untuk meneliti perubahan sosioekonomi yang telah berlaku dikalangan penduduk dalam wilayah KETENGAH dan juga mendapatkan persepsi penduduk tentang KETENGAH. Penyelidik yang terlibat dalam projek ini ialah A.H.Roslan Harahap, Dr. Nor Azam Abdul Razak, Dr. Russayani Ismail dan Dr. Che Su Mustaffa.


Penyelidik: Dr. Che Su Mustaffa, Dr. Russayani Ismail, A.H.Roslan Harahap dan Dr. Nor Azam Abd Razak

Dr. Russayani Ismail, Dr. Che Su Mustaffa dan Dr. Nor Azam Abd Razak


No comments: